Monday, 21 April 2014

Alfalfa - Bapa Segala Makanan

Alfalfa, yang bermaksud 'bapa kepada segala makanan' dalam bahasa Arab, mempunyai kedudukan yang penting dalam tradisi herba purba di India, China dan Sepanyol. Para penyembuh purba telah mempelajari melalui pemerhatian selama beberapa abad yang lalu dan Shaklee pula mengesahkan mel


alui sains hari ini bahawa alfalfa merupakan satu gudang zat. Ianya juga dikenali sebagai 'Raja Segala Tumbuhan'. Alfalfa merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. 
Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 



Perbezaan Alfalfa Shaklee
----------------------------
Alfalfa Complex merupakan satu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam 1950-an. Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforus, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.
Alfalfa Complex dihasilkan daripada tanaman Alfalfa (Medicago Savita) secara organik di California yang bebas daripada pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja BEBAS KIMIA. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan Alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. 
Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg Alfalfa. 10 tablet Alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.




Khasiat Alfalfa 
-------------------
1.       Mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2.       Melegakan sakit sendi dan belakang.
3.       Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4.       Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5.       Memberi kelegaan semasa haid.
6.       Merawat arthitis
7.       Bagus untuk elergi dan ekzema
8.       Merawat asma
9.       Mencuci usus bagi membuang toksik
10.    Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang
11.    Meneutralkan asid dalam badan
12.    Merawat masalah keputihan pada wanita
13.    Membesar dan menegangkan payudara
14.    Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
15.    Memulihkan urat selepas bersalin
16.    Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17.    Meningkatkan stamina seorang suami
18.    Melegakan sembelit


* Individu yang menghidap SLE, haruslah mendapatkan nasihat perunding kesihatan sebelum mengambil supplemen ini

No comments:

Post a Comment

HOT NEWS